SESUAI dengan statusnya sebagai seorang suami, pelakon Syafie Naswip tahu meletakkan batas dalam pergaulan terutama terhadap golongan wanita.
Kata Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 32, meskipun tiada syarat diletakkan isteri iaitu Nur Afiqah Ishak namun dia tidak mahu tingkah-lakunya boleh mengguris hati wanita berkenaan.
Termasuk juga dalam lakonan, Syafie merasakan tidak sesuai untuk dia melakukan aksi keterlaluan.
Syafie juga tahu untuk elak melakukan babak keterlaluan dalam lakonan.