PIHAK produksi program Famili Duo musim ketiga (FD3) tampil memohon maaf susulan masalah teknikal semasa persembahan pasangan adik-beradik iaitu Shila Amzah dan Amir Syahir.
Penerbit eksekutif Famili Duo, Muhammad Sufian Che Isa berkata, insiden itu berlaku di luar kawalan pihak produksi malah bukan hanya mikrofon pasangan duo itu sahaja yang bermasalah.
“Untuk persembahan Shila dan Syahir… Kami daripada pihak produksi memohon maaf, memang bukan disengajakan.