PENYANYI Liza Hanim menyifatkan Dana Kandungan Digital (DKD) yang diterima sebanyak RM300,000 bagi mengadakan konsert tidak sepatutnya menjadi pertikaian.
Liza atau Haliza Hanim Halim, 44, berkata, sebagai seorang rakyat Malaysia dia berhak memohon dan menerima sebarang bantuan apatah lagi ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa melihat populariti pemohon.
“Saya juga rakyat Malaysia, saya juga berhak. Saya sudah terlibat dalam industri seni lebih 20 tahun… Sesiapa sahaja boleh memohon.