ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan yang dikeluarkan pelakon Iqram Dinzly mengenai pergolakan rumah tangganya.
Fara menasihati Iqram untuk berhenti campur tangan dalam urusan rumah tangganya bersama Shuk memandangkan pelakon itu tiada kaitan langsung dengan mereka.
“Bukan aku kahwin dengan kau Encik Iqram, jangan sibuk hal aku!” katanya.
Fara menulis perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.