KEHADIRAN isteri kepada pelakon Azlan Komengke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada Rabu mengundang tanda tanya orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam atau Nur Nilam Ortiz, 45, dilihat mengenakan jubah dan tudung serba hitam dilihat berjalan bersendirian di perkarangan mahkamah.
Video tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai status rumah tangganya dengan suami sedang bergolak.
Wajah Nilam kelihatan sedih ketika keluar mahkamah.