MAHU memberi fokus membesarkan anak-anak, pelakon dan pengacara Irma Hasmie tidak merancang untuk menerima tawaran berlakon dalam masa terdekat.
Kata Irma, 42, meskipun menerima banyak tawaran namun dia terpaksa menolak disebabkan kekangan waktu selain bertembung dengan jadual harian.
“Tawaran berlakon sentiasa datang. Tetapi keutamaan saya adalah anak-anak. Saya tidak mahu terlepas detik-detik bersama mereka. Saya juga tiada pembantu dan setiap hari ada jadual uruskan anak.
Irma mahu luang lebih masa bersama anak-anak.