BEKAS isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menuntut pengarah filem itu sebanyak RM3,000 dengan alasan menyusahkan pihaknya kerana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi hal urusan rumah tangga mereka.
Namun begitu, hakim mahkamah berkenaan Maizatul Aliza Chee Din hanya membenarkan Syamsul membayar RM200 kepada Ira sebagai kos kehadirannya itu.
Peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Aris tidak bersetuju dengan tuntutan Ira itu dengan alasan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu sudah selesai dan menjimatkan masa semua pihak.
Ira ditemui ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.