PERSONALITI media sosial dan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dirinya turut disekat oleh pelakon Nad Zainal di laman Instagram.
Iqbal, 29, berkata, dia tidak tahu punca sebenar dia disekat kerana mereka tidak pernah berjumpa atau bertegur sapa di media sosial.
“Saya tidak pernah berjumpa atau menyebut namanya di media sosial… Sampai sekarang sekarang saya tidak tahu kenapa saya di block olehnya di Instagram.