SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, nama penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat termasuk di Malaysia.
Bukan sahaja lagu-lagu popularnya seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang kembali menjadi siulan peminat malah meraih populariti dalam kalangan pendengar generasi baharu.
Pada Februari lalu, konsert Imran di Kuala Lumpur dan Singapura juga habis terjual membuatkan ramai kempunan menonton persembahan lagu-lagu galau yang cukup sinonim dengannya.
Imran berpegang teguh dengan pesanan ibu.