SELEPAS empat tahun menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma, pelakon Noorkhiriah mengakui program kebajikan dilakukan olehnya itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, berkata urusan kematian bukanlah sesuatu perkara yang boleh diduga dan sehingga kini masih ramai lagi individu yang memerlukan bantuan itu.
Malah, Noorkhiriah berkata Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan sejak 2020 itu tidak pernah memilih status dalam memberikan bantuan berkaitan hal pengurusan jenazah.
Noorkhiriah berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sumbangan.