USAHAWAN Madammu meluahkan rasa puas apabila impian memberi sumbangan pakaian hari raya buat wanita kurang berkemampuan akhirnya terlaksana pada pagi Sabtu.
Madammu atau Eyrica Baiduri, 34, berkata, sebagai wanita dan ibu dia sendiri tidak dapat menahan air mata apabila membaca laporan mengenai golongan kurang bernasib baik tidak mampu membeli kelengkapan Aidilfitri.
“Apabila saya baca tentang ramai tak dapat beli baju raya membuatkan saya sangat tersentuh hati sampai mengalirkan air mata.
Madammu membantu orang ramai yang hadir membuat pilihan.