PENYANYI Ibnor Riza terpaksa menjalani pembedahan kali kedua susulan masih terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatan penyanyi itu, isteri kepada Ibnor iaitu Sarimah Sulaiman, 51, memaklumkan pembedahan tersebut berjaya dilakukan pada Selasa, namun suaminya masih belum sedarkan diri.
“Apabila doktor lakukan imbasan, mereka dapati ada pendarahan dan air di bahagian kiri pula, jadi sebab itu perlu jalani pembedahan dengan segera.
Ibnor masih menerima rawatan di hospital.