TEKA-TEKI Nabila Razali bakal menamatkan zaman dara akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mendedahkan sudah menerima lamaran teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar dia dilamar Iruwan bersama lagu latar dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi berjudul New Chapter.
“I said yes,” tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan.
Foto cincin di jari manis Nabila sebelum ini mendapat perhatian ramai.