SUDAH empat tahun pemergian aktor Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari dilihat tidak pernah lupa untuk menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran arwah suaminya itu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Bunga, 41, meluahkan rasa rindu terhadap arwah dan mengucapkan terima kasih kerana telah meninggalkan banyak kenangan indah sepanjang mereka hidup bersama.
“Apa yang saya boleh cakap adalah terima kasih. Terima kasih untuk segala momen terindah, semua kesusahan yang kita lalui, kegembiraan, tawa dan tangisan yang kita kongsi.
Bunga merindui momen terindah bersama Ashraf (kanan).