KEMELUT rumah tangga yang sedang dilalui Bella Astillah memberikan kesan cukup besar buat pelakon itu sehingga dia dikatakan hilang selera makan dan tidak mampu tidur lena.
Perkara itu dikongsi oleh rakan artis iaitu Puteri Sarah Liyana yang turut memaklumkan fizikal Bella juga kelihatan berbeza selepas kontroversi membabitkan suaminya menjadi bualan hangat.
“Dia masih tidak boleh terima apa yang terjadi. Dia tidak boleh makan, tak boleh tidur. Dia kurus sangat,” katanya.
Rumah tangga Aliff dan Bella kini menjadi perhatian ramai.