PELAKON Zulin Aziz memberitahu dia dan suami iaitu Farhan Norzaini tidak pernah merancang keluarga mahupun mengamalkan kehidupan perkahwinan tanpa zuriat atau disebut sebagai ‘childfree’.
Kata Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dia sama sekali tidak pernah merasakan anak merupakan satu bebanan malah kagum melihat kemampuan ibu bapa terdahulu membesarkan zuriat yang ramai.
“Mereka ingat mungkin kami sedang merancang keluarga, sebab sekarang kan tengah heboh pasal isu childfree.