ANAK kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Amna Qaleesya berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara kategori tarian kuartet di acara ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis pada malam Khamis.
Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, berkata, dia berbangga dengan kemenangan yang diraih Amna dan tidak menyangka anaknya itu berjaya membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Kata Lan, sejak kecil dia memberikan sokongan penuh kepada Amna yang menunjukkan minat terhadap seni tarian.
Shiela (kiri) tumpang gembira dengan kejayaan wakilSSEMKL di Paris.