MENYEDARI isu buli membabitkan bakat baharu di set penggambaran sedang hangat diperkatakan, pelakon Hariz Hamdan bagaimanapun bersyukur tidak pernah berdepan situasi berkenaan.
Menurut Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, sejak awal dia menjaga sikap dan menerima segala teguran yang diberikan oleh pelakon senior dengan hati terbuka.
“Alhamdulillah saya tak pernah dibuli di set penggambaran, mungkin sebab saya terapkan dalam diri hanya mahu bekerja sebagai pelakon.
Hariz sedia terima teguran dari pelakon senior.