PELAKON Hanis Zalikha memaklumkan empat orang bekas perkerjanya yang pernah terlibat isu pecah amanah sebelum ini sudah tiada sebarang kaitan dengan dirinya mahupun syarikat.
Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, tampil menjelaskan mengenai perkara itu selepas menerima pertanyaan daripada rakan perniagaan berhubung kontroversi berkenaan.
“Kepada syarikat-syarikat yang telah bekerjasama dengan syarikat saya di masa lalu melalui bekas pekerja saya, kenalan-kenalan dalam industri perniagaan yang telah mendengar tentang perkara ini tetapi tidak secara langsung daripada saya atau wakil saya, serta anggota media yang telah menghubungi pengurus saya mengenai hal ini.
Hanis merupakan pemilik syarikat perniagaan jenama ‘Cakenis’.