SANGGUP berhabis untuk sebuah majlis perkahwinan, pelakon Mas Khan juga tidak akan berkira untuk mengeluarkan belanja besar bagi tujaan berbulan madu.
Bagi Mas Khan atau Mad Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 31, sebagai suami dia hanya mahukan isterinya iaitu Anatasha Atiqah Diana sentiasa gembira tanpa terlalu memikirkan soal wang ringgit.
“Tidak kisah berapa habis sekalipun, apa yang penting adalah memori yang dicipta itu kekal selamanya. Bagaimanapun perlulah buat kira-kira juga.
Majlis resepsi Mas Khan dan isteri berlangsung mewah.