PELAKON dan pengarah Pierre Andre masih mengalami pelbagai gangguan mistik selepas terlibat dalam sebuah karya berjudul Paradoks.
Pierre atau Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 39, berkata, walaupun penggambaran sudah berakhir dua tahun lalu namun pelbagai kejadian menimpanya yang membuatkan dia percaya ada kaitan dengan filem berkenaan.
Ini termasuk ketika penggambaran mereke menggunakan jasad sebenar bagi babak proses awet mayat yang menjadi teras jalan cerita.
Pierre mahu terus mengarahkan filem genre seram.