PENDAKWAH selebriti Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar menggesa mana-mana pengamal perubatan Islam di negara ini agar tidak terlalu ghairah berkongsi pengalaman mengubat golongan artis demi meraih perhatian ramai.
Asmawi, 48, berkata, perkara itu bukan sahaja mendedahkan aib pesakit malah tujuan asal untuk membantu pesakit sudah tersasar.
“Sebenarnya mereka nak tunjuk apa? Adakah mereka nak tunjuk hebat dengan berkongsi gambar bersama selebriti?