PLOT penuh emosi membuatkan penonton drama Viu Original From Saga With Love musim ke-2 resah dan tidak sabar menanti pengakhiran terhadap kisah cinta di antara Sham lakonan Ikmal Amry bersama Karma (Siti Khadijah Halim).
Manakan tidaknya, musim pertama yang penuh dengan gelak tawa kini bertukar menjadi emosi apabila hubungan Sham dan Karma semakin goyah setelah berdepan pelbagai ujian semasa memulakan perniagaan menjual tembikar bersama.
Lebih membuat penonton cemas apabila Sham seakan putus asa selepas perniagaan tembikar hancur selepas gerai miliknya terbakar disebabkan Karma.
Gerai tembikar milik Sham terbakar disebabkan sikap cuai Karma.