PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya iaitu Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak kelima pada pagi Rabu.
Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya matanya itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa buat mereka.
“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan anak kelima kami.
Fizz berkongsi khabar gembira di Instastory miliknya.