PELAKON Firdaus Ghufran berkongsi pernah dibuli oleh seorang pelakon ketika menjalani penggambaran di Sarawak pada tahun lalu.
Firdaus atau Muhammad Firdaus Ghani Ghufran, 23, berkata, aktor berkenaan memilih untuk melakukan kekerasan berbanding menyelesaikan kemelut tersebut dengan baik.
“Kejadian berlaku di Sarawak sewaktu menjalani penggambaran. Saya dibuli oleh lapan orang dan salah seorangnya merupakan pelakon.

Firdaus mahu memberi kesedaran tentang budaya buli.






