GARA-GARA jarang memuat naik foto bersama suami, timbul spekulasi mengatakan hubungan pelakon Faye Kusairi dan suami iaitu Azmi Hatta sedang berantakan.
Tampil menjawab mengenai tuduhan berkenaan, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 37, menjelaskan apa diperkatakan netizen itu merupakan satu fitnah kerana hubungannya bersama suami baik-baik sahaja.
“Terpaksalah muat naik gambar bersama suami, ramai risau sangat fasal rumah tangga aku ini sampai sanggup memfitnah.
Faye jarang berkongsi foto suami di media sosial.