PERKONGSIAN hantaran di Instastory milik pelakon Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila aktor berkenaan memberitahu anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya tidak menjawab panggilan video yang dibuat.
Kenyataan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bagi memberi respon terhadap Fatima yang sebelum ini berkongsi video mengajaknya untuk pergi bercuti di Disneyland, Tokyo, Jepun.
“Hi baby, Fatima ke yang post (kongsi) ni? Kenapa daddy (panggilan Fattah) video call tak angkat?” katanya.
Perkongsian yang dibuat Fatima (kiri) dan Fattah di media sosial mendapat perhatian ramai.