KEGEMBIRAAN menyambut Aidilfitri bertukar duka apabila pelakon Fasha Sandha dan keluarga tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Perlis apabila dijangkiti Covid-19.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, mereka disahkan positif Covid-19 selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik ketika dalam perjalanan pulang ke Perlis dari Rembau, Negeri Sembilan selepas berasa tidak sihat.
Pelakon itu memberitahu dia dan keluarga dijangkiti virus berkenaan ketika berada di Rembau dan bersyukur kerana mengambil langkah pencegahan sebelum sampai ke kampungnya.