KEHEBATAN seorang Faizal Hussein memang tidak dapat disangkal menerusi persembahan lakonan dalam drama mahupun filem walaupun usianya sudah mencecah 57 tahun.
Pada umurnya sekarang, Faizal tetap menjadi pilihan produksi menjayakan naskhah genre aksi sehingga ramai tertanya-tanya amalan kekal bertenaga dan awet muda.
Tiada sebarang rahsia tertentu, Faizal memberitahu dia tidak pernah menyertai mana-mana pusat kecergasan atau amalan diet sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran.