PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari mencuit hati netizen dengan gelagatnya menyakat sindiket penipuan atau scammer yang dipercayai menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat telekomunikasi.
Fadzil atau Fadzil Bahari Zahari, 41, tanpa berselindung memberitahu itu bukanlah kali pertama dia diganggu sindiket berkenaan yang penuh dengan tipu helah.
“Biasa saya dapat panggilan scam yang sama macam ini. Dia takutkan saya dulu cakap saya langgar oranglah, beli dadahlah. Sebiji macam apa awak buat sekarang,” katanya.
Fadzil berkongsi video perbualan bersama sindiket tersebut di Instagram.