DENGAN sekali lafaz, pelakon Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid pada pagi Jumaat.
Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri sekitar pukul 10.12 pagi di Boathouse by The Lake Ampang, Kuala Lumpur.
Eyka mengikat tali pertunangan bersama Akhyar pada Ogos 2023.
Pada majlis itu, Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM3,200 daripada Akhyar.