DUA band gergasi Tanah Air iaitu Exists dan Masdo bakal bergabung pentas menghiburkan peminat menerusi konsert Battle Of Time Exists X Masdo pada 10 November depan.
Teruja dapat berkongsi pentas dengan Exists, anggota Masdo iaitu Putu Ceri menyifatkan peluang berkerjasama dengan band legenda itu sebagai satu impian yang bakal menjadi kenyataan.
Meskipun aliran muzik yang dibawa kedua-dua kumpulan berbeza, Masdo bagaimanapun percaya kolaborasi ini akan memberi pengalaman baharu buat peminat.
Masdo teruja dapat berkerjasama dengan Exists.