MAHU menyuntik semangat kepada peminat untuk tidak mudah mengalah, penyanyi Ernie Zakri tampil dengan album terbaharu berjudul Aura.
Kata Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, album memuatkan 10 buah lagu ini diibaratkan perjalanan cerita sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang anak seni.
“Aura ini mengisahkan kisah hidup yang berkait rapat dengan kehidupan saya. Saya yakin ramai orang di luar dapat merasa lagu-lagu ini berkait rapat dengan mereka.
Ernie harap album Aura dapat menyuntik semangat pendengar untuk terus hidup.