PELAKON Elisya Sandha berkongsi khabar gembira bakal menyambut kelahiran bayi lelaki tidak lama lagi.
Meluahkan rasa syukur, Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkata, rezeki anak juga merupakan tanggungjawab besar buat dia dan suami, Uzair Haqimy.
“Syukur Allah beri peluang untuk menjadi ibu kepada dua cahaya mata.
Elisya dan suami teruja bakal menimang cahaya mata kedua.