UMUM mengetahui usahawan El Azman cukup meminati kenderaan mewah malah sudah mempunyai beberapa koleksi.
Tahun ini, El atau Mohd Hilmi Che Azman, 37, bakal menambah sebuah lagi kereta mewah pacuan empat roda dalam koleksi kenderaan miliknya.
Bagaimanapun kata El, dia mungkin tidak dapat melaram kereta tersebut bersempena hari raya kerana kenderaan itu sampai selepas sambutan Aidilfitri.
El sangat minat terhadap kereta mewah.