KHABAR angin pelakon Diana Danielle dan bekas suaminya iaitu Farid Kamil yang dikatakan kembali bersama menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Peguam mewakili aktres berkenaan iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi mStar memberitahu pasangan tersebut berbaik demi dua orang anak mereka iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
“Arahan terkini yang saya semak dengan Diana tadi, dia cuma kata tiada apa-apa pun. Sekadar berbaik-baik macam biasa untuk anak-anak.