TINDAKAN penyanyi dan usahawan Mila Jirin memberikan duit raya kepada pekerjanya dipandang serong segelintir pihak yang mendakwa ia hanya sekadar content bagi meraih perhatian.
Mila atau Norsyarmilla Jirin, 35, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat begitu sebaliknya hanya mahu memberi sedikit kegembiraan kepada para pekerja bersempena kedatangan Aidilfitri.
Dalam nada sebak, Mila turut mengimbau pengalaman keluarganya sendiri apabila bapanya tidak mampu membelikan dia dan adik-beradik lain baju baharu untuk menyambut hari raya.