PELAWAK Shuib mengambil kira setiap komen dan kecaman terhadap program kendaliannya iaitu Dol’s Podcast yang mula bersiaran sejak 17 Julai lalu.
Disebabkan itu juga, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, pihaknya akan lebih cakna dalam memilih kandungan yang ingin disiarkan bagi mengelak rasa kurang senang mana-mana pihak selepas ini.
“Orang hanya melihat di media sosial atau keratan perkongsian sehingga ada mengundang kecaman. Apabila orang kecam, kami terima secara terbuka kerana itu adalah proses memperbaiki kelemahan.