PELAKON Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dirinya pernah terkena gangguan seksual semasa menjadi pengacara di sebuah rancangan suatu ketika dahulu.
Sarimah, 45, berkata individu tersebut telah memegang bahagian dada selain meraba tubuh badannya ketika ingin membaiki mikrofon sebelum rancangan tersebut bermula.
Jelasnya, individu tersebut merupakan salah seorang kru dan telah mendirikan rumah tangga ketika itu.
Sarimah dedah gangguan seksual berlaku dalam industri seni.