PELAKON Eyka Farhana tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang merasakan tindakan berkongsi foto sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah adalah tidak wajar.
Dalam hal ini, Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 29, berpendapat tiada masalah sekiranya perkongsian momen itu dibuat kerana sebelum ini ramai sahaja yang berkongsi foto sewaktu mereka bercuti di luar negara.
“Ada yang kata kalau pergi ke Tanah Suci tak perlu nak muat naik sebarang gambar atau apa-apa, janganlah asyik bergambar sahaja.
Eyka hanya mahu berkongsi keindahan ketika berada di Tanah Suci.