PENYANYI Didi Astillah menegaskan tidak timbul isu pergaduhan susulan pengunduran Yazmin Aziz sebagai pasangannya dalam program Famili Duo musim keempat (FD4) yang mula bersiaran pada malam Ahad.
Kata Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, apa yang berlaku telah mendapat persetujuan kesemua pihak termasuk Yazmin sendiri serta pihak produksi.
Malah, dia juga meluahkan rasa syukur penyanyi Thamiera Chan sudi mengisi kekosongan di saat akhir menggantikan Yazmin.
Didi memilih Thamiera untuk bergandingan dalam FD4.