SEMAKIN aktif mengukuhkan nama di China, penyanyi Shila Amzah enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan menerima bayaran dalam mata wang dolar.
Bagaimanapun Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, tidak menolak bahawa setiap rezeki diperoleh adalah hasil daripada usaha keras yang dilakukan selama ini.
“Saya hanya mampu ucap Alhamdulillah, semua ini adalah rezeki. Saya percaya usaha keras dan kejayaan tidak pernah mengkhianati hasil.
Shila banyak menerima undangan di China.