PELAKON Diana Danielle terkejut apabila dituduh sebagai punca penahanan ‘Abang Bas’ pada Jumaat.
Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, menjelaskan dia sendiri tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan pemandu bas tersebut atau mengikuti akaun TikTok miliknya.
Sebaliknya hanya mengetahui mengenai isu membabitkan lelaki berkenaan selepas ia tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Diana berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Jumaat.