PELAKON Diana Danielle kesal apabila menerima reaksi kurang senang daripada netizen selepas memberitahu dia kini lebih selesa mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk mengadu segala kesedihan.
Menjawab komen yang diterima itu, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berpendapat tiada mana-mana individu berhak memandang rendah terhadap seseorang yang sedang berjuang mengubah diri ke arah lebih baik.
“Sejak saya berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan saya, reaksi pertama sering kali, ‘tutup aurat dulu’.
Diana luahkan kekesalannya.