DI SEBALIK berita gembira terjalinnya semula hubungan Datuk Seri Adnan Abu bersama penyanyi Adira Suhaimi, ramai pula yang tertanya-tanya mengenai perasaan dan hati bekas isteri pertama usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Datin Red.
Menjawab persoalan netizen itu, Datin Red atau Sharifah Norshafila Hashim, 38, berkata dia berada dalam keadaan baik dan mahu memulakan hidup baharu selepas sah bercerai pada Mei lalu.
“Saya hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja dan saya mohon doa semua semoga saya dapat bangkit dan kuat.
Sharifah mendoakan yang terbaik buat Adira dan Adnan.