MEMASANG impian untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Danial Kifli bagaimanapun mengakui gementar dan kurang yakin untuk bertanding dalam acara berprestij itu.
Menurut Danial atau Muhammad Arif Danial Kifli, 22, kerisauan utama datang daripada penerimaan orang ramai yang mungkin mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang penulis lagu baharu yang masih belum dikenali.
Justeru itu, dia perlu mempersiapkan diri secukupnya sebelum melangkah ke pentas AJL dan berentap dengan ramai nama besar lain.
Danial berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran single Jauh.