SEHARI selepas menimang cahaya mata, pendakwah selebriti Da’i Syed mengumumkan nama puteri sulungnya itu.
Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaiful Jamallulail, 29, memilih nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail buat anak pertamanya.
Kata Syed, nama tersebut dipilih kerana mempunyai makna yang baik dalam Islam.
Syed berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.