PELAWAK Azlee Senario tidak melatah apabila dituduh bersikap bongkak dan tidak tahu bersyukur apabila ditawarkan bayaran RM500 sehari daripada pihak produksi.
Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 57, berkata, dia bukan tidak bersyukur tetapi mengharapkan ada situasi menang-menang apabila berbincang dengan pihak produksi tentang soal bayaran.
Ini kerana harga RM500 tidak berbaloi jika ada beberapa perkara tambahan perlu disediakan sendiri seperti pakaian, kelengkapan lain termasuk perlu membayar sendiri kos bergerak ke luar kawasan.