WANITA yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine meluahkan rasa syukur apabila pertikaian di antara mereka diselesaikan secara baik.
Sarah, 24, berkata, dia dan Aliff berjaya mencapai kata sepakat untuk berdamai melalui mediasi di Mahkamah Singapura.
“Seperti yang diketahui, saya dan Aliff telah terlibat dalam perbalahan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonan mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.
Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.