TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi video pelakon Ira Kazar yang dilihat sedang menangis ketika menjalani sesi fotografi produk keluarannya mengundang perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Aliff, 36, berkata, Ira mengalirkan air mata ketika mendengar lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah yang dipopularkan Iren Lafebian sehingga terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga yang turut berada di set fotografi.
“Tak sangka waktu fotoshoot, Ira Kazar menitiskan air matanya secara tiba-tiba kerana mendengar lagu ini dan terus ditenangkan oleh kaum keluarga.
Aliff dedah Ira sebak semasa sesi fotografi.